Malam ku gelap gelita tanpa suara atau sesiapa,
Kekasihku di manakah engkau??
Jangan biar ku sendiri.
Setelah sekian lamanya kita terpisah tiada berita.
Apakah kau masih ingat kepada ku yang merindu.
Biar jauh biar beribu batu bukanlah alasan.
Untuk tidak berjumpa dan bermesra seperti dahulu.
Sekelip mata kita bisa bersama di mana sahaja.
Melepaskan rindu yang membara di hati.
Sayang ku rindu kepada mu tiap waktu,
jangan kau biarkan aku sendiri menghitung hari.
Sayangku dakaplah tubuhku sekuatnya hati mu
jangan kau pergi jangan tinggal ku lagi